Friday, January 7, 2011

[Tips] Pikat Hati Suami #1

Posted by ImpianHomes at Friday, January 07, 2011
... ialah pikat perutnye. peh tajukk.. hehe nombor ni x ikut turutan. Suka-suki punye teori. Tp based on Case Study gak. cewah. ye-ye-or aje. Nanti bebila aku posting nombor seterusnye ok. Kalau ade info dari readings pon aku letak gak.


Dengar mcm klise. Tapi betul ke? Nak pikat hati suami kene pikat perutnye? Mcm mana kolo yg wife tak terer masak cam aku ni? Hanya incik suami yg boleh jawab. Tepuk perut tnya nak mkn ape. hiks.


Ok la secara peribadi aku setuju gak la ngan statement ni. Aku ringkaskan dlm point2 lah sng:
1. Kalau kurg kemahiran boleh perbaiki.
2. X semestinye Pro mcm chef, etlis tau masak basic pun ok.
3. Takkan hari2 nak mkn kedai. X sure tahap kebersihan & rasa sedap ke tak.
4. Masak sendiri lagi jimat.


Aku ingat lagi masa awal2 kawen dulu (10 tahun lps), goreng nasi pun failed. boleh la goreng tapi 'rasa' tak IN dgn tekak hubby den. 3 tahun ok aku duk otter2. ape la yg x kene ngan nasi goreng aku nih. Penting gile la tau buat nasi goreng ni pada aku.


Sebabnye:
1. Menu plg asas/simple sbg makanan asasi rakyat malaysia. peh.
2. Dpt abiskan nasi mlm td yg x abis. goreng jadi sarapan. Tuhan marah kolo membazir.
3. Kolo tgh lapa sgt + mls nak masak mcm2 ini  menu express. just tanak nasik & grg.
4. Mengenyangkan.
5. Resepi campak2. (Ade ape saje dlm fridge/ats meja boleh campak masuk. x kire la ayam ke, daging ke, kentang ke, balance terung grg cili, kacang pjg ke, telo, sayo, paprik campo yg x abis). Hasilnye jadi la 1 makanan lengkap & seimbang yg x perlu nak buat menu lauk lain.


Akhirnya, tahun ke-3 tersebut di mana aku hampir berputus asa nak buat nasi goreng.. aku berjaya pulak dpt resepi yg ok berkat jeling2 mak mentua & mak aku masak. "Oo.. mcm tu diorg campak. aku silap campak la selama ni." 


Hehe moralnye di sini, never give-up. Pastu kene byk belajar masak dari mak-mak kite yg lebih dulu mkn garam. X tau, tanya. Advantage juga yg lepas kawin duk kejap ngan mak/mentua. Aku duduk gak kat umah mentua lps kawen. X lama. 3 bulan je. sblm pindah umah lain yg lebih dkt ngan opis kitorg. Masa ni la nak korek rahsia masakan. Tanya selagi boleh. Sebab lidah & tekak para suami dh immuned ngan masakan mak diorg dari dlm perut sampai le saat kahwin ngan isteri. Bawang ape pakai, cili kering yg mana satu, kuantiti bahan, kene tumis bape lama, semua tu kene amik tau. ;)


Masakan isteri juga maksudnye air tgn isteri/ ibu kpd anak2.  Ini la senjatanya. cewah. bkn ape, sambil memasak tu boleh la kite renjis2 kasih syg dan jampi2 doa' atau ayat2 Quran. cth mcm ayat ke-4 Surah Yusuf.


Start "Inni ro aitu ahada a'syara.." sampai abis ayat 4. Asma ul Husna yg berkaitan juge boleh diamalkan. Ya Latiff cth nye. Petua yg aku dpt, basuh beras arah lawan pusingan jam pastu selawat 3X & hembus ke dlm periuk pelan2. Doa la pada Allah. Semoga mereka suke pada masakan kite & suami/anak2 syg kat kite. sesape ade petua best pon leh share.


Zaman skrg ni kolo nak blaja masak sgt senang. nak video tutorial, kat utube melambak. resepi jgn cakap la. gugel je nak resepi ape. buku resepi pun byk dijual kat kedai. murah je byk yg rm5 senaskah.


Ok lah. selamat memasak ye. kadang2 hiris bawang, sikit ikan bilis, potong2 cili api sket.. goreng.. nak tambah kentang goreng pun boleh.. makan ngan nasik panas-panas pun dah sedap. Berbanding mkn kat restoren bayar mahal2 tapi kdg terkena yg rasa x ok. tak berbaloi je rasanye.


Hurmm smlm mood memasak. So, boring2 aku masak la.. 
1. ayam masak lomak cili api
2. terung goreng cili
3. moist choc cake (tea time ptg)
4. sup cendawan shiitake (for dinner)




Di sini i wanna share resepi AYAM MASAK LOMAK CILI API which is LAUK YG PLG SNG NK MSK!. Ni versi aku la yer.


Bahan2 tumbuk pakai lesung batu. (blender kurg sedap i tell you):
+ 25 biji cili api (if suke pedas, tambah lagik)
+ kunyit hidup - sebesar ibu jari. (lain org lain lak saiz kan. 2 inci la sng)
+ titik 2/3 btg serai.


Bahan lain:
+ Ayam setgh ekor. (kolo lebih, tambah la santan)
+ kelapa parut 1 biji - perah amik santan. 2X perah je cukup. 
+ asam keping - 1 kpg
+ Kentang 2 biji - belah 4
+ garam secukup rasa
+ Pak aji sket je (kolo nak)


Cara2 Memasak:
1. masuk semua bahan tumbuk + ayam + santan dlm periuk.
2. masak dgn api sederhana. Kacau sekali-sekala.
3. Masukkan garam & aji (kolo nak). Rasa.
4. Masuk kentang + asam keping
5. Bila dah gelegak, kecikkan api sket.
4. Dah didih + warna dah tukar jadi kuning cantik, (warna dah sebati) tutup lah api.


Cara nak makan:
Aiseymen, takkan tu pun ai nak ajar. hehe


Sng banget kan?
ok lemak cili api ni leh dipelbagaikan bahan asasnye.


if nak buat ayam/ daging/ daging salai - letak serai & kentang.
if nak telur itik - letak ikan bilis, tayah serai.
if ikan sembilang + terung - kolo letak belimbing buluh, tayah serai.


faham ke? ahaks ayat berbelit.
NOTA KAKI: TAKYAH BAWANG!


Ni gambanye yg sempat snap. Anta kat umah mak mentua sket lps masak, panas2. Hehe



Lagi satu, here is resepi sup cendawan. Taken from website My Resepi. (Hubby teringin nak mkn, aku gugel je resepi nih). 


nah resepi.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 5-6 cendawan
  • carrot
  • isi ayam
  • isi ketam
  • tepung jagung
  • sos tiram
  • putih telur ( daripada sebiji telur)
  • sekeping tauhu

Cara-cara

  1. cendawan, tauhu, isi ayam, dan carrot dipotong nipis-nipis
  2. isi ayam dicampurkan dengan sesudu tepung jagung
  3. didihkan air didalam periuk dan masukkan isi ayam tadi
  4. masukkan cendawan, carrot, dan tauhu. isi ketam jangan masukkan terlalu awal takut terlalu hancur.
  5. masukkan 2 sudu sos tiram
  6. bancuh tepung jagung dengan sedikit air. masukkan ke dalam masakan tadi. pastikan kuah sedikit likat.
  7. tambah garam secukup rasa dan masukkan putih telur sambil dikacau.
  8. bolehlah dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi atau roti

Ni gamba asal dari website My Resepi.


Ni lak my hasil percubaan. mmg sedap. diorg suke. nanti nak buat lagi. 






Ok lah. selamat mencuba & have a good day. Salam.. (^_^;)

1 comments:

Post a Comment

Tqvm sudi komen yer.. :)

 

Farra Honeydew Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review