Friday, December 31, 2010

[Islamic Content] Hepi New Year 2011

Posted by ImpianHomes at Friday, December 31, 2010
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua.. Bye-bye 2010.. (T_T)

Pada aku kemuncak kemanisan 2010 sudah tentulah kejuaraan skuad Harimau Malaya menjulang piala Suzuki AFF. tak tergambar perasaan ketika itu. Apa saje desas-desus rasa tidak puas hati di kalangan orang Indonesia baik dlm arena sukan dan juge di lain2 bidang, tak perlu la kite ambil pusing sgt. Biarkan luncai terjun dgn labu2nye.. Biarkan.. hehe tak jadi kudis pun. Yang penting, we prove it that we are far better.

Jom kite mulakan tirai 2011 dgn istiqamah melakukan ibadat tambahan..
Salah satunye adalah SOLAT SUNAT DUHA.

Banyak sumber bacaan mengenai solat Duha. Tapi aku beli buku ni. Source: PTS.
Aku tak dpt komisyen pun citer kat sini tau. Don't get me wrong hehe. Just sharing reviews on this book. Sharing is caring (^_^). RM 10.90 / RM 12.90 sahaja. 

Aku pasti ramai dah tahu. Cuma mari kite refresh sikit berkaitan Solat Duha ni.

Sinopsis:
"Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat."  - Hadis Riwayat Tirmizi.



Description from MPHOnline
Tentu Anda Ingin Tahu
Benarkah solat duha dapat meluaskan pintu rezeki? Apakah bukti solat duha pernah menjadi wahana pembuka pintu rezeki?
Siapakah yang pernah berjaya dan karya dengan melakukan solat duha secara istiqamah?
Teknik dan panduan melaksanakan solat duha tanpa mengganggu produktiviti kerja?
Semua orang hendak menjadi kaya.
Semua orang hendak hidup senang dan bahagia.
Magnet Rezeki dengan Solat Duha ada jawapannya. Ia membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim. Ia menampilkan bukti-bukti yang menjelaskan bahawasanya melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang melimpah-ruah dan diberkati.
----------------------------------------

Isi Kandungan:

Prakata   

Bab 1
Kisah Kejayaan Orang yang Istiqamah dalam Solat Duha   
Hakikat dan Tatacara Solat Duha    
Tirai Rahsia Allah   

Bab 2
Hakikat dan Pelaksanaan Solat Duha   
Pintu dan Kunci Rezeki   
Memperbaiki Kualiti Solat   
Kesungguhan dan Kekhusyukan Solat   
Antara Solat Duha dan Aktiviti Kerja   
Keseimbangan Diri   
Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat   

Bab 3
Solat Duha Menjauhkan Kemiskinan dan Mendatangkan Kemudahan   
Wasiat Nabi Muhammad tentang Solat Duha   
Kebahagiaan Dunia dan Akhirat   
Kemiskinan dan Kekufuran   
Kesedaran Menuju Perubahan   
Mendekatkan Diri pada Allah ataupun Mengingkarinya?   
Mengenali Diri dan Meningkatkan Potensi   

Bab 4
Bangkit dan Menjemput Rezeki   
Arah Datangnya Rezeki   
Rezeki Umpama Isyarat Pemancar   
Mencari Rezeki dengan Keinginan yang Besar   
Mengendalikan Diri dalam Mencari Rezeki   

Bab 5
Seni Spiritual Menjemput Rezeki   
Ritual yang Sesat   
Ibadah adalah Jalan yang Lurus   
Spiritual Solat Duha   

Bab 6
Solat Duha adalah Roh Rezeki   
Perang Lahir dan Batin   
Menggantikan Kekuatan Cahaya Ilahi dengan Gerakan Solat   
Kekuatan Spiritual Solat Duha dan Hubungannya dengan Rezeki   

Bab 7
Penutup   
Jadikanlah Hidup Saudara Lebih Hidup

------------------------------------------------------------------

Tips:

Kalau perasan, kaedah lakukan ibadah ade byk. (Boleh refer buku2/ kitab2 ibadat harian). Cth: Salah satu kaedah solat Duha ialah baca surah ayatul Qursyi 7X pada rakaat pertama dan Qul hu wallah hu ahad 11X pada rakaat kedua.

Kalau nak kejar masa, lebih mudah baca As-syamsi pada rakaat pertama & surah Duha pada rakaat kedua. Aku pernah terbaca, better buat yg mudah tetapi istiqamah. jgn tinggal walau sehari pun. Kita bukan lah mengharapkan balasan dari Allah. sebaliknye sebagai hamba-Nya kite hanya menjalankan tanggungjawab byk sujud tanda syukur kepada Allah dgn harapan peroleh keberkatan hidup. soal rezeki, jodoh, ajal & maut semuanya urusan Allah.

Tak hafal surah? Islam itu mudah. Kita boleh buka halaman Quran di sebelah dan jeling ketika nak baca. Mudah bukan?

-----------------------------------------------------------------------------------------

Aku pernah saksikan sendiri bukti kejayaan sumone yg aku kenal kat opis. (salah sorg opismate pempuan). beliau istiqamah buat solat Duha. Kalau xde meeting, dia lari jap senyap2 ke surau. bukan lama pun nak buat Duha ni. Dia x citer kat org pun tentang amalan ini. Takot org ckp dia riak kot. Tapi aku nampak sbb aku sebilik with her.

Aku boleh nampak rezkinye murah. Dalam masa sekejap, cpt naik pangkat dan pergi mengerjakan Haji di Mekah.    

Banyak cakap2 belakang dikalangan opismate yg lain. Ade yg ckp dia kuat bodek BIG Bos la ape la. aku senyap je. Sebenarnye aku tau rahsia kejayaan dia - istiqamah buat solat Duha. lagi satu aku tgk dia sgt ambil berat tentang ibu bapa di kampung. Malah, dia byk support belanja sekolah adik2 memandangkan dia berasal dari keluarga susah.  

Sebenarnya, banyak ilmu yg boleh kite dapat dari mereka-mereka di  sekitar kite. Cuba lah melihat dgn mata hati. Fikir2 kan la..

Sekian saje N3 kali ini. Salam.. ;)


0 comments:

Post a Comment

Tqvm sudi komen yer.. :)

 

Farra Honeydew Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review