Friday, January 28, 2011

[Sharing] Khasiat Beras Perang

Posted by ImpianHomes at Friday, January 28, 2011
Aku selalu gak masak beras perang ni. Selalu tukar2 la. Kdg masak beras biasa. Kdg beras perang. Kadang masak 2 jenis or 2 periuk. Anak2 x suke sgt beras perang ni. Me and hubby x kesah sgt. Memula mkn mmg rasa pelik sket masa kunyah rasa berbiji-biji. Tapi bila dh selalu makan dh biasa. lagipun aku suke masak lebihkan air sket. lembut lah. sukatan nye pun mmg kolo 1 pot beras, 2 setengah pot air. tapi aku lebihkan jadi 3 pot air. So, bila dh msk jadi lembut.

Today nak share sket khasiat beras perang. i bet ramai dh tau. So, pada yg x tau leh la kite tau beramai-ramai. hiks ape daa ayat.

Ok tanpa berlengah masa.. Ni la beras yg aku slalu beli (gamba ehsan from gugel).. SunBrown. beli je jenis ape pun janji beras perang. Tapi aku mkn jenis ni ok gak. good quality.



Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Ok selamat mencuba . Daa ~  ^_^



3 comments:

Azian Elias said...

nanti nak cubalah..

ImpianHomes said...

hehe jom try kak yan.

Anonymous said...

semak la blog u ni..ni kartun pegang laptop ni nak buat apa buat semak je..nak baca content pon dah kacau..

Post a Comment

Tqvm sudi komen yer.. :)

 

Farra Honeydew Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review