Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

[Sharing] Kelebihan Surah Al-Mulk

Posted by ImpianHomes at Saturday, January 08, 2011 4 comments
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Friday, December 31, 2010

[Islamic Content] Hepi New Year 2011

Posted by ImpianHomes at Friday, December 31, 2010 0 comments
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua.. Bye-bye 2010.. (T_T)

Pada aku kemuncak kemanisan 2010 sudah tentulah kejuaraan skuad Harimau Malaya menjulang piala Suzuki AFF. tak tergambar perasaan ketika itu. Apa saje desas-desus rasa tidak puas hati di kalangan orang Indonesia baik dlm arena sukan dan juge di lain2 bidang, tak perlu la kite ambil pusing sgt. Biarkan luncai terjun dgn labu2nye.. Biarkan.. hehe tak jadi kudis pun. Yang penting, we prove it that we are far better.

Jom kite mulakan tirai 2011 dgn istiqamah melakukan ibadat tambahan..
Salah satunye adalah SOLAT SUNAT DUHA.

Banyak sumber bacaan mengenai solat Duha. Tapi aku beli buku ni. Source: PTS.
Aku tak dpt komisyen pun citer kat sini tau. Don't get me wrong hehe. Just sharing reviews on this book. Sharing is caring (^_^). RM 10.90 / RM 12.90 sahaja. 

Aku pasti ramai dah tahu. Cuma mari kite refresh sikit berkaitan Solat Duha ni.

Sinopsis:
"Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat."  - Hadis Riwayat Tirmizi.
 

Farra Honeydew Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review